Friday, March 22, 2019

[JOM JENJALAN] Hotel Terbaik di Bandar Melaka!

Melaka Bandaraya Bersejarah.



banyak tempat menarik dekat negeri Melaka ni tau,sebab tu kalau kami plan nak short vacation memang kami akan datnag Melaka. Melaka ni sesuai kalau nak santai-santai sambil cari makan 😁

last week kami sekeluarga baru selesai majlis resepsi adik dekat Villa Kemboja Batu Pahat, badan memang penat. lepas tu kami balik muo lepak berehat dan plan nak balik JB hari jumaat.

alang-alang dah dekat muo ni, kami plan lah nak pergi Melaka dulu sebelum balik JB, so start la tengok dekat Agoda mana-mana hotel yang menarik.

mula tu macam nak check in dekat Novotel je sebab hotel ni kami dah banyak kali repeat,memang best. tapi saja nak try yang lain kot lah ada lagi best 😬





Aava Hotel Melaka.


pintu masuk hotel


Yup! akhirnya ada juga hotel yang menarik minat kami.

kami book hotel ni sebab :


swimming pool : disediakan
konsep : peranakan + minimalist
breakfast : disediakan (american breakfast)
parking : disediakan
jenis bilik : advantage suite (katil king)
lokasi : Kampung Hulu Melaka

Ngam pukul 3 PM kami sampai untuk check in, masuk dekat reception tu memang cantik lah dekorasinya. konsep peranakan tu memang jelas dan cantik. owner memang bijak main sebab hotel tu nampak mewah.

Hotel ni sebenarnya 3 lot rumah kedai 2 tingkat lama yang direnovate menjadi hotel, macam Hotel #38PC dekat Alor Setar. so kami memang suka konsep hotel macam ni 👍

harga kami booking di Agoda untuk bilik ni RM230 termasuk tax, breakfast dan free wifi. kanak-kanak bawah 12 tahun duduk percuma melainkan ada ambil tilam tambahan. untungnya kami memang bawa tilam toto siap-siap so jimat dah 😜

bilik kami terletak dekat tingkat 1, dan untuk makluman lif tidak disediakan so kenalah angkut beg ke atas 😓

masuk je bilik kami semua tersenyum sampai ke telinga sebab bilik kami cantik sangattt!korang tengok la sendiri,dah la biliknya besar,cantik pulak tu. toilet dia bersih dan luas!
so far kami puas hati sangat lah!

😍

😍😍

😍😍😍

nice, tempat mandi dan memerut diasingkan so takderlah basah nanti 👍

bathrobe disediakan sepasang

siap ada mesin untuk ngopi!

merenung ke luar jendela....

tingkap boleh tutup untuk suasana gelap




arah kiblat disediakan,bilik cukup luas 👍


walaupun bilik kami berhadapan jalan utama tapi tak terganggu pun dengan bunyi bising, cuma sekali sekala ada beca lalu siap full volume main lagu 😅

setel solat semua kami decide nak ronda-ronda keliling hotel,

ok masa book hotel ni ada satu perkara kami terlepas pandang, rupa-rupanya hotel ni betul-betul tepi sungai wei..!hahaha!

masa check in tadi,receptionist tu bagitau ada backdoor untuk access ke sungai..krik krik kami sebab macam tak boleh hadam..then dia bagitau sungai melaka belakang hotel ni je 😂





terus ke kolam!

infinity pool dengan view sungai melaka okey, best sangat!






ada gula-gula free untuk guest


lobby area

dining area






 konsep hotel ni memang best lah..cantik dan menenangkan. sesuai sangat untuk family dan couple yang nak honeymoon.

lepastu kami explore tepi sungai,rupanya cendol kampung hulu yang terkenal tu bersebelahan je dengan hotel kami,dan kalau nak ke Jonker Walk cuma kena jalan dalam 5 minit sahaja.

atas tu je kolam tadi

kalau jalan terus boleh sampai ke the shore

cendol kampung hulu

ada kebab dan sate,goreng panas pun ada

cendol sini pakai santan beku diparut terus

layan cendol,view pun layan jugak

kalau menyusur sungai tu boleh sampai ke Hard Rock Cafe Melaka dan Muzium Samudera!

Aava Hotel ni memang location wise la,nak datang tadi pun senang je,parking luar tapi ada kawasan disediakan. jangan risau ada pak guard yang jaga bila tengah malam 👍

so sekarang kami dah ada sebab untuk datang Melaka selalu,hahaha!

confirm kami repeat!

night view

simple breakfast

washroom dekat lobby pun cantik


mandi sambil tengok bot lalu lalang




ok kalau harga walk in memang lain,so kami suggest better book online je pakai apps Agoda, booking.com etc.

ni harga kalau walk in,memang mantol jugak lah. tapi berpadalah dengan fasiliti,ameniti dan lokasi hotel ni.

so pada korang yang plan nak jalan-jalan ke Melaka boleh sangat ke hotel ni,memang terbaik!
Antara hotel butik terbaik kami pernah check in 👍

Selamat Bercuti Guys!😉

Mailiza Masran
Independent Beauty Consultant



*** gentle reminder:::



kandungan blog adalah hasil penulisan persendirian. Sebarang aktiviti plagiat tidak digalakkan atas dasar menghormati golden rules dan hak penulisan tapi if nak sharing tu aku izinkan dengan syarat adalah lebih baik jika setiap idea dan penulisan aku ni korang boleh kreditkan ke blog aku ya.. thanks! (jenuh taw menaip dan pikir idea untuk ilham 😗✊)***

7 comments: