Okey,kurangkan membebel mai.....
Jom aku nak review 1 lagi produk kesayangan aku. Orang perempuan ni susah nak setia dengan satu2 produk taw.. contohnya aku!!! hahaaa tapi yang ajaibnya..... aku boleh setia dengan pelembab super best ni..
Ia dikenali sebagai Oil Free Hydrating Gel atau OFHG Mary Kay. Nama glamour ialah cik purple gorgeous !
Ia sejenis supplement skin ya (bukan untuk dimakan! Cuma sapu je kat muka) tapi still dalam kategori moisturizer (pelembap).
Apa Fungsi OFHG ni???
kredit gambar sumber dari google. (terima kasih💕)
- tekstur yang sangat ringan dan tidak melekit (cepat meresap)
- menarik lebihan minyak yang tak diperlukan oleh kulit di muka kita.
- mengawal minyak pada kulit wajah (bangun pagi,rasa lembut dan tak melekit minyak di muka)
- bertindak hanya di permukaan kulit sahaja ya. (kalau lembapan bawah kulit tak mencukupi,skin uolls tetap berkilat berminyak.)
- mengurangkan 'burn' di kulit muka (sebagai cooling gel sebab sejuk) selepas berpanas sepanjang hari di bawah terik matahari.
- mengecutkan jerawat dan mengelakkan jerawat baru keluar.
- meredakan merah merah di wajah atau radang kulit (rengsa kulit)
- digunakan sebagai base makeup juga supaya mekap lebih cantik dan tahan lama.
- meredakan kulit yang pernah mengalami pengelupasan akibat penggunaan yang mengandungi Merkuri dan Hidrokuinon.
Siapa yang boleh pakai?
- lelaki atau perempuan selagi ada kulit di wajah.
- mereka yang mempunyai masalah minyak berlebihan di muka
- mereka yang mempunyai jerawat (jerawat batu, bernanah, jerawat pasir..etc...)
- parut jerawat yang masih merah! (tanda jerawat anda di bawah kulit masih lagi aktif 😖)
- mereka yang sunburn teruk.
- mereka yang berkulit sensitif dan kulit kemerah merahan.
Pakai ni berapa lama boleh nampak kesan?
2 bulan dah boleh nampak progress tapi slowly... means bukan 2 bulan pakai jerawat batu kau boleh hilang ditelan bumi terus..TAK!
Tapi,slowly dia baiki kerosakan bawah skin dulu... supply lebih lembapan, kurangkan minyak kat muka tu perlahan lahan...dan baru lah hasilnya(jerawat kecut or kulit dah tak merengsa or minyak dah tak berkilo2 kat muka) akan nampak.
Mana nak dapat???
Of course lah dari aku...muahahaa... 😉
so terjawab lah kan kenapa OFHG ni kesayangan aku😇 |
Mana nak dapat???
Of course lah dari aku...muahahaa... 😉
Love,
Mailiza Masran
Independent Beauty Consultant
Fb : Mailiza Masran
Ig : Mailiza Masran
*** gentle reminder:::
kandungan blog adalah hasil penulisan persendirian. Sebarang aktiviti plagiat tidak digalakkan atas dasar menghormati golden rules dan hak penulisan tapi if nak sharing tu aku izinkan dengan syarat adalah lebih baik jika setiap idea dan penulisan aku ni korang boleh kreditkan ke blog aku ya.. thanks! (jenuh taw menaip dan pikir idea untuk ilham 😗✊)***
No comments:
Post a Comment