Wednesday, March 13, 2019

[MITOS atau FAKTA] Putih Itu Cantik.

Berbelit tak lidah kau nak sebut..? muahahaa

Apa itu Hidrokuinon / Hydroquinone ?

Hydroquinone
Chemical compound

Description

FormulaC6H6O2
Molar mass110.11 g/mol
IUPAC IDBenzene-1,4-diol
Melting point172 °C
Boiling point286.5 °C
Density1.3 g/cm³

ni hasil carian aku kat google. Hidrokuinon ni adalah sejenis bahan penghakis. Kalau nak mudah faham (macam clorox) . Bau pon kuat kan.. selalu kau guna untuk apa..? aku selalu buat sental lantai bilik air....hurmmm...





Hidrokuinon yang digunakan di dalam kosmetik ni boleh menyebabkan proses dipegmintasi (iaitu proses dimana pigmen dibuang dan menyebabkan kulit menjadi cerah). Ini berlaku apabila ia menghalang proses metabolisme yang berkaitan dengan melanin (melanocyte).

Dipigmentasi ni bermaksud proses akibat melanin pada kulit dihakis. Sebenarnya tanpa melanin ni kulit kita sangat lemah. Sebab melanin ni secara semulajadi berfungsi melindungi kulit kita dari cahaya matahari dan juga kanser kulit.

Aku nak pesan je, kalau dah memang gen kita gen jawa so memang tak boleh buat apa dah. Istilah putih itu cantik,cantik itu putih bagi aku zaman cerdik sekarang ni dah tak boleh diguna pakai. Kita tukar dari "beauty is pain" kepada "beauty with brain". Setuju? Kalau tak setuju kene gak setuju... aku nak guna kuasa veto 😌

Bagaimana ia bertindak?

Okey macam ni..proses hakisan kulit ni pada awalnya memang kulit jadi lebih putih dan parut juga hilang disebabkan proses melanin dah dihalang taw. Paling mudah, cuba hiris sebiji epal dan biar. Selepas beberapa minit,epal tadi bertukar kepada warna coklat kan. So inilah yang berlaku kepada kulit kita sebenarnya!

Related image

Dan dalam masa yang sama penghasilan melanin tadi dah stop disebabkan terhalang oleh hydrokuinon.
Melanin tiada bermaksud kulit hilang daya perlindungan dan sangat lemah. Kulit menjadi sensitif kepada cahaya dan juga mudah mendapat kanser kulit.
Image result for akibat produk timbang kilo
gambar sumber google.

Apakah kesan penggunaan ?

Kerana nak cantik, jangan korbankan apa yang kita ada. Hidrokuinon itu tadi bukan sahaja merosakkan kulit kita, malah ia berkumpul di dalam sel di bawah kulit kita dan boleh berpindah ke bawah sel kulit lain seterusnya ke organ dalaman kita seperti hati, buah pinggang.

Semakin cepat ia bertindak pada kulit anda, bermaksud semakin tinggi kandungan hidrokuinon di dalamnya.
Sayangilah diri kita... juga kulit wajah kita yang tiada ganti.

Image result for akibat produk timbang kilo
Image result for akibat produk timbang kilo
gambar sumber google

Sedikit info yang anda harus tahu.



Sedikit info untuk bacaan anda " 6 tahun saya tunggu muka elok....wanita ini dedah akibat taksub dengan produk timbang kilo"

Kalau dah terpakai, nak buat macam mana?
Aku pon pengguna tegar gak dulu..berhuhuu lah lepastu... so baca sini dan uolls tau nak bermula bagaimana. Dan...boleh terus tanya aku ya..💖

Apa aku share ni adalah info supaya anda lebih bijak untuk memilih produk untuk dipakai. Tiada kaitan dengan yang hidup atau masih hidup.... pilihan di tangan anda sendiri..😊 ^peace^


Love,
Mailiza Masran
Independent Beauty Consultant



*** gentle reminder:::

kandungan blog adalah hasil penulisan persendirian. Sebarang aktiviti plagiat tidak digalakkan atas dasar menghormati golden rules dan hak penulisan tapi if nak sharing tu aku izinkan dengan syarat adalah lebih baik jika setiap idea dan penulisan aku ni korang boleh kreditkan ke blog aku ya.. thanks! (jenuh taw menaip dan pikir idea untuk ilham 😗✊)***

2 comments: