Sunday, March 10, 2019

[JOM JENJALAN] Ada Apa dengan Krabi? [chapter one]

Itineri dan Review Krabi 2019

Johor Bahru ke Krabi dan Hat Yai




KRABI..
kami selalu dengar pasal Krabi ni,tengok member pergi sana macam best jer. yelah beach life ni memang fav kami sekeluarga lagi-lagi yang ada island hoping bagai ni memang best lah,tergoda juga nak ke sana.

tapi takderlah dalam perancangan rasmi kami nak ke Krabi dalam masa terdekat ni, ssebab kami plan nak repeat ke Lombok lagi! hahaha!

serius Lombok mmg best, kami teringin sangat nak ke sana lagi, last trip 4 hari 3 malam tak habis explore lagi semua so mmg kami plan next island vacation nak ke Lombok,hehehe..

walaubagaimanapun,

jeng…jeng…jeng…..




Alhamdulillah, memang rezeki kami untuk ke Krabi ni sebab join sekali trip Mary Kay untuk New Director Trip di bawah Area NSD Suhaida Sarif. so kitorang pun terjebak juga lah 

ada part yang sedih….

trip kali ni khas untuk Director dan Spouse sahaja so 4 hero kami tak dapat nak join sekali,huwargh..!!

nak buat macam mana,dorang kena stay dengan wan dorang dulu lah,pokde pun ada nanti tolong jagakan,hehehe..nanti kami belanja pasir pantai krabi k

first thing first kami baca semua review pasal trip krabi ni so kami boleh mula kenal-kenal apa yang best dan apa yang tak bestnya.

tapi yang ye nya kami nak tgk port-port makan yang best dan mesra muslim, so far dari apa kami baca tak susah nak cari tempat makan Halal dekat Krabi ni terutamanya di Pantai Ao Nang so selesai isu utama.

trip Krabi ni selama 4 hari 3 malam secara rasminya tapi kami decide nak datang awal sehari. saje jer sebab kami nak santai-santai explore dulu area Pantai Aonang.

HARI BERTOLAK. (Hari Pertama) 12 Feb 2019

kami bertolak dari JB dalam pukul 6 pagi memandangkan flight kami pun tengah hari pukul 1.30pm. sempat lagi singgah Ayer Hitam sarapan dekat Kari Kambing 40 Hari,hahaha! dah alang-alang satu jalan kan,so bekal dalam perut dulu kari kambing 


kami makan sikit je,serius tak tipu,sikit jer 😜


setel kami terus gerak, dalam pukul 11 kami sampai dekat Putrajaya Sentral. 
yup! kami parking kereta dekat sini memandangkan cas pun murah dan parking indoor so kereta tak lah berpanas berhujan, rasa selamat je nak tinggal lama-lama.
untuk makluman korang, parking sehari dekat Putrajaya Sentral ni sehari RM6 sahaja,then tiket ke KLIA2 naik KLIA transit RM9 macam tu so memang berbaloi. 
kalau compare parking dekat KLIA dalam RM60/sehari, parking dekat Mitsui Outlet pulak dalam RM24 sehari. so kalau korang tengok memang berbaloi sangat parking dekat Putrajaya Sentral.

sampai KLIA2 kami terus pergi check in luggage dulu,sekarang dah mudah sebab boleh self check in je luggage. kalau korang ambil luggage,masa print boarding pass tu dia print sekali untuk luggage kita. then masa dekat kaunter self check in tu just ambil plastik untuk masukkan slip luggage kita dan scan sendiri je dekat barcode yang ada tu. ok lah so tak payah nak tunggu lama sangat.

setel pasal luggage kami terus ke gate kami,agak jauh nak berjalan,huhuhu

ramai juga nak ke Krabi,tengok dekat waiting area tu full! biasalah tempat popular kan memang ramai lah.

flight kami delay sikit so bertolak pun dekat pukul 2pm..perjalanan ke Krabi dalam 1 jam 25 minit so ETA patutnya dalam 2.30pm waktu Thailand(lambat sejam) tapi pilot kami manage to arrive around 2.15 pm so agak cepat sebenarnya.

Alahamdulillah kami selamat mendarat di Airport Krabi.

yeay!!

dah sampai Krabi dah kami,seronok dan teruja!

selesai cop paspot dan ambil luggage, kami terus keluar. Hari pertama ni kami memang takder ambil apa-apa pakej pun, gamble je main redah.

dalam kepala kami tengah fikir macam mana nak ke Pantai Ao Nang ni,nak google tapi belum beli simkad lagi so nak tak nak redah jelah. Dekat pintu masuk airport tu kami tanya dekat sorang perempuan ni,dia tengah arrange 1 kumpulan ni so kitorang tanya lah macam mana nak ke Pantau Ao Nang,rupanya dia memang jual tiket van pun so lega lah kami.

Airport Krabi ke Pantai Ao Nang tiket van 150baht/seorang so kami berdua 300baht lah. van putih 10 pssengers boleh masuk. kami 1 van dengan kumpulan mat salleh.

detail ni kena tengok dekat email


perjalanan dalam 30 minit jer,tak lah jauh sangat..dan dia akan hantar sampai la ke hotel kita check in,jangan lupa tunjuk address hotel korang tu dekat driver. dan lagi satu kebanyakan dorang ni tak faham bahasa selain bahasa thai,nasib baik kami booking guna booking.com dan email yang kami dapat siap dengan detail hotel kami check in dalam bahasa thai so senang driver nak faham.

ok, untuk hari pertama konsep santai-santai kami stay dekat Harvest House Hotel,harga dalam RM100+ macam tu dekat booking.com. antara sebab kami pilih hotel ni sebab review ok dan kami ada terbaca yang hotel ni dekat area masjid,maknanya mudah nak dapat makanan Halal.

dan bagusnya hotel ni,gadis receptionistnya boleh cakap bahasa melayu so senang urusan kami.

kami dapat bilik yang menghadap jalan besar siap ada balkoni dan biliknya besar. lagi ohsem dekat plug siap ada usb port dah so in case korang takder universal adapter korang boleh je cucuk kable dekat usb port build in ni. memang mudah!

bilik besar,memang berbaloi

usb port build in dah,memang ohsem!

ini view dari balkoni kami

jalan utama terus ke Pantai Ao Nang


Jam dah dekat pukul 5 petang, kami berdua decide nak turun jalan-jalan ke pantai. hotel ni memang dekat dengan masjid,azan Asar tadi kami dengar jelas betul dan masjidnya agak besarlah. 
hotel offer kami untuk sewa motor, 250baht untuk 24jam dan dapat motor skuter. rata-rata harga sewa motor dekat Ao Nang ni macam tu lah, melainkan korang nak motor yang latest macam Yamaha NVX tu dalam 400baht. tapi Ao Nang dengan Krabi ni tak lah jauh sangat,skuter biasa ni pun ok dah.

kami pun mula jalan perlahan-lahan ke Pantai Ao Nang, dari hotel kami nak sampai ke pantai dalam 30 minit jalan kaki. tapi tak terasa pun lama sebab sepanjang perjalanan tu ada banyak kedai-kedai  dan kami puas cuci mata.

sebelum sampai sini, kami sebenranya tak dapat nak bayangkan macam mana keadaan dekat Pantai Aonang ni,kami assume keadaan macam deretan hotel dan kedai sepanjang pesisir pantai,mudah kata macam dekat Pantai Chenang,Langkawi. tapi rupanya tak sama.

boleh dikatakan kawasan tarikan Pantai Aonang ni bermula dari Masjid Aonang dan terus sampai ke kawasan pantai. sepanjang jalan kiri dan kanan penuh dengan kedai,butik,cafe pub dan restoran.
masa tengah strolling tu dalam kepala nak cari pankek je sebab dari dekat sini memang popular dengan pankek. kami terjumpa 1 gerai tepi jalan ni jual pankek,macam-macam flavour ada dan kami order banan nuttela dan coklat. 

kami order, kami bayar 60baht/pankek, order siap!

First Impression!
macam lempeng biasa je tapi dia lagi rangup dan ada inti pisang..lepas tu ada topping coklat pulak. ok kita test dulu rasa..
pergh…..sedap giler kot!

serius kami jatuh cinta dengan pankek Krabi!

even beli sorang satu tapi rasa tak puas pulak.

pembelian pertama kami di sini




mana lagi manis?pankek atau senyuman tu? 😋






tudia gerai pankeknya,sedap!


kami pergi ke 7 eleven untuk beli air mineral buat bekal tengok sunset nanti,alang-alang tu kami beli simkad terus.
kami beli pek simkad Truemove untuk pelancong harga 299baht,dia akan register guna paspot kita. da paling best bila korang on je sim tu terus masuk mesej rebate grab sebanyak 100baht untuk 3 kali guna so total grab rebate ni 300baht lah. teknikalnya simkad ni free. hahaha!
kita sambung pasal rebate grab tu dekat post Hat Yai k.

so far terbaik lah,boleh guna untuk hotspot juga


setel sim kad! kami terus ke pantai. ok dekat pantai ni satu baris je kedai dan sebelah pantai cuma ada laluan untuk pejalan kaki. kawasan pantai ni memang sibuk lah,lagi meriah. lagi ngam pukul 6 petang tu semua Drag Queen ni dah start keluar,huhuhu. dorang ni memang cantik,dan korang jangan lah terpedaya nak bergambar dengan dorang ni, bukan free ok,kena bayar dalam 30baht macam tu. dan tak salah pun kalau korang nak bergambo,dorang memang sporting,hehehe

tu nampak baju biru tu..serrammmm 😨

kalau minat boleh la tengok dorang perform 😆


ramai yang lepak area pantai ni,kebanyakan nak tengok sunset. ok area sini dah susah nak dapat makanan halal so korang kena tengok betul-betul lah dan lagi satu hara dekat sini lagi mahal.

kami cuci mata je tengok souvenir yang ada tapi tak beli pun.

banyak je barang,tapi harga mahal sikit

hurm..nak beli apa ek? 😁


kitorang decide nak lepak je tepi pantai juga nak layan sunset. orang memang ramai la dan kebetulan masa kami datang ni peak season.

jom layan sunset!

cantik..Subhanallah

dah terbenam dah matahari 

belanja timelapse sunset sikit 😊




matahari selesai terbenam. perut pun dah start lapar so kami start jalan balik ke hotel. kali ni kami ikut lauan seberang dari jalan pergi tadi. 

kami tengok je dari seberang ni 😅


nak bergambo dekat-dekat tapi takut 😂

tolong menolong amalan mulia,Malaysia Boleh!


meriah sangat!

setiap zebra crossing ni mesti dorang ni ada 😅


masa pergi kami tapau pankek,balik ni kami tergoda dengan aiskrim roll pulak.hahaha!

kami beli flavour buah markisar/passion fruit, 100baht penuh dengan kesedapan yang amat sangat..!meletop-letop biji markisar bila gigit..sedap..!

adoi..confirm esok lusa kami cari lagi ni,hehehe

ada orang tazzabar nak makan eskem 😂

memang dia dapat share lebih lah.. 😓



Dinner malam pertama ni kami decide makan dekat Bangboo Halal Restaurant,betul-betul berhadapan dengan hotel kami (refer gambar atas). kami order Tom Yam seafood, kerabu seafood dan telur dadar. harga agak mahal lah sebab restoran agak fancy,total semua siap air dalam 500+baht. 
budak waiter kat sini boleh kecek kelate so tak payah susah-susah nak speaking bagai k 😂

ni je menu dinner kami!portion beso beb

kerabu seafood,sotong dia beso-beso

tom yam seafood,pergh..!!


ada hiburan lagi,tak tau lah menu apa tu tapi bukan kami yang order 😅



perut kenyang,senang hati, kami terus balik hotel.

eh sekejap,belum habis lagi. kebetulan sebelah hotel ada tempat massage..hehehe 😆

kami pun massage lah dulu,300baht untuk 30 minit kaki dan 30 minit shoulder. power!
kriuk!kriuk!  habis bahu dengan tengkuk ni meletop kena massage,memang syok lah.

so habis hari pertama kami di Krabi.

percutian luar negara pertama kami 2019 ni.

hari esok kami akan sambung dan join dengan family Mary Kay pula!


yeay..!

sambung dekat chapter two k 😉

No comments:

Post a Comment