Monday, June 1, 2015

[MESTI BACA] HOW TO TRAIN ANAK2 TIDUR BILIK SENDIRI

Assalammualaikum..

Hihii hope semua sehat. Aih tajuk pon dah cm ye ye je kan. 
Okeylaa ni jas nak share saje cmne aku dok ajo anak2 aku tido kat bilik dowang sendiri. 
Bukan nak cakap aku ni terer benor or pandai bebeno. Jgn slh paham ye. Cuma apa yang aku praktik kan ni menjadi la plak so aku nak share saja. 
Kowang nak ikot boleh xmo ikot pon xhapee. Hihii
Sebab ad jugak a few yang wassap n msj aku dok tanye cmne aku ajar ank tido bilik dowg sendiri... Malu i... Ngeee...

Abang tsaqib skang dah 5thn, aqlan taqiy 3thn , aqiel anaqi 2thn..
Aku plak ngah preggy 8bln dh nii. Huhuu
Ko bayangkan kalo sume tido sebilik dan sekatil???!!!! Sakit badan ohoiii. Muat tu memangla muat tp xke dh mcm kayu plak ko tido xleh gerak2.. Hahaa
Kalo dh masuk en hubby xke sekatil 5org?? 😂😂😂

Aku ajar tsaqib mse dia umo 3thn lg. Tp mase tu dia on off tdo blk dia. Memula je tido blk dia pstu tau2 dh ad kat celah aku n ayah dia. Sebek mase tu si aqlan tido baby coat. So ok lg laa kan. 
Then bl ak preggy yg k3, cm payah plak kan sume selonggok sekatil. Hahaa

So mse tu bilik yang kononnye bilik dowang tu kosong. Xde perabot pon lg. Aku letak toto je. Almaklumlaa kan. Masih mengumpul bajet mase tu. Memangla boring kan. Bilik ad toto je. Xde interaktif langsung. Muahahaa.

Bila ak dh beranak anak k3 si aqiel anaqi. So hubby ckp dah wajib sangat ni asing tido. 
Jd pertama sekali aku bwk tsaqib p tgk perabot. Means katil budak. Aku tanye dia ctk x. Tanye je mse tu. Lom nk beli pon lg. 
Then ak tunjuk gambar2 bilik budak kat dia. Aku guna khidmat pakcik gugel jee. Cari pic cecomeii tu kan. Tunjuk dia n aku tanye la. Abg nk blk cmne. Nak letak apa dlm blk. Hihii saje je nak pancing...
Tgk2 ada respon baik plak ni. Ngeh3...

Then bila rase cm tabungan bilik anak dh macam cukup jeee en hubby pon ajakla kami p ikea. Hikhik 😍😍😍
Kalo ikea tu bukan ank je yang eksaited. Mama pon jadi oberr eksaited jugak 🙈🙈😱😱
Banyak kali jugak kitowg g ikea. Memang kena usha harga dulu. Ko kalo g sane terus membeli memanglaa lari bertempiaran bajet. Haha silap2 yang plan nak beli tak terbeli tapi p beli mende len. Kehkeh. Atleast saje je nak pancing minat tsaqib... Bagi dia cuci mata dulu deco bilik kanak2 kat ikea tu. Hihii
Aku rse kali ketiga g ikea baru kami betol2 sopin perabot khas tok bilik dia. 
Tapi tu sume tsaqib pilih sendiri ko. Nak katil camne. Cadar corak apa. Bantal apa. Selimut apa. Karpet hape. Haaa hambek ko. Sebek niat aku ni sebab nak bio dia tido sendiri kan. Jadi mama redho yola nak. Wakaka. 
Mase tu memang kitorang beli je apa yang dia mintak. Dia pilih sendiri dengan adik dia si aqlan taqiy. Dan harapan,ni kowang kene tido bilik sendiri gak. Kalo dh beli byk2 gini korang xtido blk tu nanti mmg mama leh jadi monster. Hahaa

Balik jb, ayah eah cat bilik dowang plak. Abang tsaqib mtk kaler biru. Ok... Ayah cat kaler biru untuk abang. Haha gigih ayah tonggeng2 cat bilik korang tgh2 mlm. Dengan aku skali terjebak sebab kene jd tukang teman n teman borak. Silap2 tahape topik dah kami dok borak dengan mata rabak. Kahkah

Siap cat tsaqib cakap nak aircond la plak...😭😭😭 memula berat jugak nk p belikan aircond. Yelah bukannye dua singgit menatang tuh. Mihmih.. Taulah hubby aku tu plak kalo aircond bese2 ni dia xmo sb dia ckp alang2 bia yang elok terus n jimat letrik. Kalo boleh yang anti bacteria ke. Sebab tok bilik anak kan. Huu
Aku layan jelaa sebab niat nak dowang tido bilik sendiri. Jadi mama ayah pejam satu sebelah mata. Hahaa pokai pokai...
Sebeklaa plan dah lama jadi skim tabungan mama memang berjaya. Ngeee

Makanyaa aku n en hubby pon g la belikan aircond tuuu. Sebab bilik kitowg ada aircond, Jd aku xmola sebab xde aircond tu nanti dia jadikan alasan plak nak tido dengan kitorang nanti kan. 
Siap pasang aircond si tsaqib niii mintak lampu tido plak.  Nanti gelap koba eah. Sabo sabo... Aku layankan lah jugak. Pasangla lampu tido. Dia mintak lampu tido tu corak bulan. Jenuh ko p cari lampu corak bulan.   
Katanyaaaa waktu malam kan ada bulan. Adeh! Nangeh mama gini. Tapi aku layankan je jugak. 
Ok aircond siap, lampu siap, cat siap, tsaqib memang eksaited. Dia cakap cantiknyee blk abang. Tapi mane katil saya??? Cmne saya nak tido??? Hahaaa 
Aku cakap katil otw la.. Dia cakap ok saya tunggu katil saya. Adoiii. 😭😭😭
Xpe2... Kita tunggu je katil sampai nanti. 

Then aku tanye dia lagi, abang nak letak apa lagi dalam blk, dia mintak rak buku sebab dia cakap nk smpn buku2 dia. Okey mama sukeeee bila abang mintak rak buku. Hihii
Sebab tsaqib ni pangai dia seblom tido dia dok belek2 buku sendiri.. So ak sangat suka bila dia ada minat pada buku. Hihii
Jadinyaa aku bwk dia p jusco tuh ha then soh dia pilih sendiri rak buku yang dia nak ☺️☺️☺️☺️ beli yang simple2 je. Mase aku beli tu yang 3kotak rm19 xsalah aku. Kebetulan ada sale atau harga memang gitu tu aku xtaulah kan. 

Selang bape hari delivery dr ikea pon smpi. Memang sangat eksaited. Tsaqib siap tanye brader tu, mane katil saya?? Hahaa. 
Haaa jenuh ko pasang katil dowg. Kitowg psg sendiri sebab if upah mahal kot ikea nih charge. Huhuu bek bajet upah pasang tu wat beli barang len. 
Mase en hubby pasang katil tu si tsaqib ni skool. Hihii konon kitowg nk suprise dia la nt balik sekolah katil dh siap!!! Wakakaa. Gigihla aku n ayah eah bertukang pasang katil. Weheee aku tukang tengok je. Kikikii support en hubby pasang katil2 ank2.. 😍

Alhamdulillah siap jugak pasang seblom tsaqib balik skool. 
Taraaa suprise!!!! Hahahaa comei je muka tsaqib bila tgk bilik dia siap. Pstu xsaba nak tunggu malam sebab nak tido dlm blk sendiri. Wakakaa

**** cinonet tu is aqiel anaqi. Hihiii ❤️❤️



Aku riso jugak kotlaa hangat2 je kan memula nk tido blk sendiri.. Tp siriusssss setakat niii dia memang suke sangat tido kat blk dia. Kadang kalo kitowg g bercuti, dia siap xsaba nak blk rumah sb rindu kat blk dia. Hihii
Jadi bl abg pon tido blk sendiri, adik2 pon secara automatiknyaa ikot skali tdo dgn abg. Hehehee
Cuma kdang2 bila dowang bertiga ni demam n xsehat. Aku hangkot la sume tido dengan aku. Sebab nk pantau kan. 
Tapi kalo en hubby off day, dowang still tido bilik sendiri sebab anak2 aku ni takot nak masuk bilik aku bila ayah eah ado. Ekekee
Nak masuk bilik aku siap ketuk bagi salam tanye boleh x saya masuk sekejap??? Hihii makanya misi kitowg berjaya la untuk anak tido bilik asing dannn untuk anak hormat privacy mama ayah. Hihiii

Cuma si aqiel anaqi nii dia still feling2 bongsu lagi kann. Jadi bila tido dia memang cari aku. Hahaa so kasi chance dlu sementara adik baby belom keluar kita bagi manja dlu. Sok adik baby kuo dah dia dah jadik abang plok. Ngeeee

Tapi kalo ayah eah keje. Dowang ni masuk jugak blk aku. Tsaqib siap tanye, mama ayah work eah. Abg tido teman mama la. Abg jaga mama. Kan ayah work. Uwaaa u so suwittt nak. Hihiii
Tapi mama xboleh la bagi kan sebab kompem bila tsaqib tido dgn mama,pakej aqlan n aqiel pon join sekatil. Uwaaaa memang xleh nk gerak2 dah kalo sume selonggok sekatil. Kahkahkah

Jadi pada yg nak asing anak tido sebilik boleh try cara aku nii. Hihii
Memula memang payah sket tp lama2 nanti anak2 jadi biasa. Then dowg jadi tau sendiri ni bilik ayah mama tak boleh maen terjah je masuk 😅😅

Lagipun tsaqib ni dah besa kan. Seeloknyee memang kene asing tido. Susah jugak aku ni nak mandi ke apa ke kan. Anak2 makin membesar pandai plak tanye itu ini. Lagi plak aku sorang je gigirl kt rumah. Hahaha gigirl xtahan. Phuii. Wakakaa. 
Sebenarnye nak ajar dowang respect kat privacy mama ayah saje. Bukannyee bila tido asing tu mama ayah dah tak sayang. Hihiii

Lagipon aku pantau jugak bila terjaga dari tido tu. Wajib jenguk kat bilik dowang. 
Hihiii. 

Kalo en hubby offday, dia la yang dok teman anak2 tido ataupon dia tidokan anak2 dulu. Kg dowang sume dah tido baru lah keluar bilik. Bacakan buku cerita ke ataupon silap2 ayah eah tertido skali. Hahaa nanti aku la tukang kejut soh pindah bilik 😊😊😊

Ok korang, selamat mencuba yee.😍😍😘
Mula2 nak ajar memang dowang ni akan on off. Tau2 dah tido dengan kita. Hihii
Tp xpe nanti lama2 dowang akan paham sendiri kenapa saya kena tido bilik sendiri. ☺️☺️☺️ sebab tsaqib selalu tanye kenapa saya kena tidur bilik sendiri? Kenapa ayah mama tak jaga saya tak teman saya? Hehee aku jawab je. Abang kan big boy. Dah besar dah skool.. Bilik ayah mama ,abang kena bagi salam dulu kalau nak masuk. Kene hormat. Then korang kalo nak masuk bilik dowang plak kenela bagi salam jugak taw. Hikhik
Win win situation... Dia hormat kita, kita pon hormat dia jugak. 😘☺️



Slow2 ajar anak2 inshaAllah dipermudahkan. Semoga berjaya..
Sentiasa bersabar okey. Anak2 ni pinjaman cuma, menjadi tanggungjawab kita untuk jaga sebaik yang boleh 😊😊😊

#menulisituterapidiri
#sharingiscaring

Mailiza Masran
Independent Beauty Consultant



*** gentle reminder:::



kandungan blog adalah hasil penulisan persendirian. Sebarang aktiviti plagiat tidak digalakkan atas dasar menghormati golden rules dan hak penulisan tapi if nak sharing tu aku izinkan dengan syarat adalah lebih baik jika setiap idea dan penulisan aku ni korang boleh kreditkan ke blog aku ya.. thanks! (jenuh taw menaip dan pikir idea untuk ilham 😗✊)***