Wednesday, June 19, 2019

Kenapa serum penting? Mary Kay ada banyak serum...

Assalammualaikum gorgeous !

Kalini aku nak share tentang serum Mary Kay...

Kenapa serum ni penting?

Untuk mereka yang mementingkan penjagaan wajah, pemakaian serum ni sangat penting untuk membantu kulit wajah kelihatan segar dan kekal cantik setelah mengenakan mekap. Serum ni selalunya daripada molekul2 zarah yang sangat halus. Lebih kepada teknologi nano dimana terus meresap ke bahagian kulit yang paling asas.

Nak cantik idok..???? kalau nak......memang uolls kene pakai serum weh! Percayalah, serum ni  membantu memberikan perubahan ekstra pada kompleksi wajah korang... cubalah pakai sebelah muka je seminggu... maun herot muka korang sebelah๐Ÿ˜…



Serum ni terdiri daripada molekul halus yang kecil dan kepekatan bahan aktif yang tinggi agar mudah menyerap ke dalam lapisan kulit wajah. Formulasi ini berfungsi dengan baik bagi merawat masalah kulit yang khusus seperti bintik penuaan dan garis kedutan.

Meh aku kenalkan serum2 hebat yang ada dalam Mary Kay ni haaa...

ni antara serum yang ada dalam Mary Kay...
  1. Youthfinity Serum
  2. Lumivie Serum
  3. Timewise Replenishing Serum C
  4. Timewise Repair Lifting Serum
  5. Timewise Pore Minimizer
  6. Clearproof Pore Purifying


Setiap serum ni ada fungsi yang tersendiri taw. Jika korang konsisten dengan penggunaannya, confirm korang akan dapat merasakan perubahan kulit wajah dari segi:
  • Tekstur kulit yang semakin halus.
  • Kulit lebih lembap, segar dan anjal.
  • Penampilan garis halus dan kedutan semakin berkurang.
  • Kompleksi wajah yang lebih licin, mulus dan cerah.
  • Memperlahankan proses penuaan wajah.
Tips penting dari aku..

BERJERAWAT DAN SENSITIF: Pilih serum yang diperkaya dengan ramuan Vitamin C kerana ia membantu membaiki tekstur kulit, mengurangkan keradangan, melegakan kulit yang iritasi dan mengurangkan pengeluaran sebum dan minyak. Tetapi harus jugak berhati2 kerana terlebih Vitamin C umpama baja kepada jerawat-jerawat korang tu๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–

KERING: Disarankan menggunakan serum dengan formulasi Vitamin E kerana ia berupaya mengekalkan kandungan kelembapan, membaiki sel kulit yang rosak dan mengembalikan keanjalan kulit. Paling untung bila mereka yang berkulit kering ni sebenarnya boleh memakai semua jenis serum taw! Sangat bagus untuk kulit mereka kelihatan lebih muda dan cantik.

KUSAM: Boleh cuba serum yang diperkaya dengan kandungan antioksidan seperti ekstrak teh hijau, asid hyaluronik dan resveratrol  yang boleh mengembalikan keserian kulit wajah.


Thanks readers!
Dah baca belanje lah komen sket taw..!๐Ÿ˜˜

Mailiza Masran๐Ÿ’ž


*** gentle reminder:::


kandungan blog adalah hasil penulisan persendirian. Sebarang aktiviti plagiat tidak digalakkan atas dasar menghormati golden rules dan hak penulisan tapi if nak sharing tu aku izinkan dengan syarat adalah lebih baik jika setiap idea dan penulisan aku ni korang boleh kreditkan ke blog aku ya.. thanks! (jenuh taw menaip dan pikir idea untuk ilham ๐Ÿ˜—✊)***



No comments:

Post a Comment