Sunday, September 22, 2019

Timewise Pore Minimizer dan Microdermabrasion Refine Mary Kay hilangkan parut berlubang...

Hye readers!!! Bersawang dah blog aku haaa..... aku cakap dengan 4 hero dah janji nak siapkan entry blog ni..so kene tunaikan janji 😂

Nak share tentang pori besar. Ibarat boleh masuk sekoq kambing dalam tu..kuikuikui..pori aku lah dulu tu..😓

Bolehlah berdiri depan cermin dan tengok betul2 pori korang ada besar macam ni ke?
Ada dua jenis parut, parut hitam dan parut berlubang akibat jerawat juga punca pori terbuka besar ya.
Dua2 masalah ni mimpi ngeri lagi ngeri dari dendam pontianak tu haa.. takot dan tak boleh terima kenyataan tengok muka sendiri kan!


Image result for open pore


Mari fahamkan dulu macam mana pori boleh terbuka.

bila sebum menyumbat liang pori, proses pembukaan liang pori berlaku, bila pori dah terbuka memang dah tak boleh tutup taw ! Dan kalau kulit licin takdak liang pori langsung pon tak logik jugak sebab macam mana kulit korang nak bernafas kan..lemas oii lemas!

Lagi lagi yang malas pakai filter kat muka acah2 natural beauty gitu haaa. Dah boleh sedarkan diri dah. Filter tu antaranya sun protector, foundation, cc cream. Aku nak bagitau foundation Mary Kay  ni tak clog pores korang ye yakni tak sumbat liang pori. So tak perlulah acah2 suci natural beauty tu.. Ngeri u!

Bila pori terbuka, maka habuk2 pon mudah melekat dan menyumbat liang pori.. maka terjadilah whitehead dan juga blackhead...
Ni malas pakai pelindung...... mendapat kau ha ternak bertahun2 berkilo2 kat muka.......
Related image
eeeeewwwwww!!!!! geli dan sakit!!!!!


Untuk korang yang mencari2 produk sesuai,aku highly recommend duo set dari Mary Kay ni sebab aku dah guna! Memang berkesan ye...! 
Paling best sebab tak menyakitkan taw dan memang kulit korang semakin gebussss dan lembut, pori yang terbuka juga semakin mengecil...LOVE sangat!

Untuk kulit yang lebih lembut dan berseri-seri.... ada 2 step yang korang kena tahu.

Image result for microdermabrasion mary kay

1. Timewise Microdermabrasion Refine 70g, (RM165)

Ia sejenis scrub juga, teksturnya halus dan tak menyakitkan kulit. Membuatkan kulit jadi lebih sihat dengan membuang sel kulit mati di wajah. Bantu menyuburkan kulit dari bawah dengan membawa oksigen ke atas kulit untuk kulit lebih bermaya dan sihat!

Proses ni penting sebab ia bantu kecilkan pori tu dengan membuang sel kulit mati dan segala keturunan habuk yang melekat kat pori tu tak sempatlah nak beranak pinak ye. 

Korang kene ingat taw, segala yang melekat kat liang pori tu selain menyebabkan jerawat tumbuh, ia juga buat kulit nampak kusam dan tak bermaya.

2. Timewise Pore Minimizer 29ml, (RM165).

Okey yang ni adalah serum! Boleh dipakai hari2 ye. Ni yang bantu mengecilkan pori korang tadi. Nak pakai kene pakai dua2..partner sejiwa giteww... ibarat korang nak licinkan kayu tu bagi cantik kan,so gosok pakai kertas pasir dan polish pula bagi lagi licin dan cantik. Macam tu jugak dengan parut dan open pores tu...

Tekstur tak melekit ya, cepat meresap ke dalam kulit supaya dapat melembut dan melicin kulit.  Ia suburkan kulit dengan estrak Camellia ye. Bagus untuk proses sel kulit baru lebih aktif.


Trust me, macam2 dah aku pakai...memang 2 item ni je yang mampu kecikkan pori gajah aku.. dan nak bagitau set ni dapat beauty award ye!!! hebat kan!


Image result for microdermabrasion mary kay award


TESTIMONI.

Ni kulit aku sendiri ya.

ni memang real pori aku ye.

ni kawan baik aku sendiri.

Dulu dulu, kitorang selalu kene ejek suruh gesek muka kitorang dekat jalan tar supaya jerawat dan parut kat muka hilang.. kejam kan!

Mujur aku jumpa Mary Kay....! so korang wasap je aku kat no tu,aku bantu korang dapatkan kulit idaman yang sihat!

Thanks readers!
Dah baca belanje lah komen sket taw..!😘


*** gentle reminder:::



kandungan blog adalah hasil penulisan persendirian. Sebarang aktiviti plagiat tidak digalakkan atas dasar menghormati golden rules dan hak penulisan tapi if nak sharing tu aku izinkan dengan syarat adalah lebih baik jika setiap idea dan penulisan aku ni korang boleh kreditkan ke blog aku ya.. thanks! (jenuh taw menaip dan pikir idea untuk ilham 😗✊)***




No comments:

Post a Comment