Sunday, April 7, 2019

PENTING! Tips untuk masalah kulit kering...

Masalah kulit kering, mengelupas dan bersisik..

Fakta: Hanya 20% sahaja proses penuaan kulit berlaku secara semulajadi..



yang selebihnya adalah disebabkan lifestyle,persekitaran..yang kita sendiri boleh bantu melambatkannya... omaigod!!! 80% taw... giler banyak!




Ini tips perkongsian dari aku,


Apa ciri ciri kulit kering?

  • kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya
  • kulit mengelupas dan kasar
  • kulit cepat nampak berusia
  • Jika tidak diatasi, boleh menyebabkan radang dan juga gatal
  • Boleh menyebabkan jangkitan jugak
  • Elakkan memilih produk yang mempunyai bahan kimia terlalu berlebihan seperti alkohol, paraben, pewarna dan pewangi tiruan, akan menyebabkan kulit bertambah iritasi serta kemerahan.


Ingin kulit sihat??? Mulakan dengan langkah yang betul.

1. Pakai regimen yang lengkap iaitu mencuci, menyegar, masking, melembap. Langkah ini membantu kita mengekalkan kelembapan kulit kita. Mary Kay ada regimen yang sesuai untuk setiap jenis kulit anda.


2. Elakkan pakai produk yang mempunyai alcohol kerana ia menyebabkan kulit anda semakin kering!!! ia menarik minyak dan kelembapan semulajadi anda..

3. Pakai Serum C.
kerana serum c mengurangkan garis garis halus dan kedutan kulit. Sekaligus membuang sel -sel kulit mati di lapisan luar kulit. Ia juga mempunyai anti oxidant yang sangat tinggi. Serum C Mary Kay sangat kaya dengan anti oxidant yang membantu menganjalkan kulit dan membuatkan kulit lebih muda.

4.  Pakai extra pelembap. Lebih2 lagi bagi anda yang bekerja di dalam aircond. Ia buatkan skin lagi cepat kering dan cepat berusia.

5. Perlu kurangkan makan ayam dan lebihkan makan ikan ya..kenapa ya??? Sedikit info tentang ikan..

Ikan

Ikan sememangnya sumber protein yang tinggi. Selain itu, ia mempunyai kandungan yang sangat penting iaitu omega 3 yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Antara manfaat omega 3 adalah meningkatkan memori, mengurangkan keradangan dan memberikan jantung yang lebih sihat.
Sesetengah ikan mungkin mempunyai lebih vitamin B. Contohnya, kandungan vitamin B-12 di dalam ikan salmon adalah lebih tinggi berbanding ikan lain dan juga ayam. Ikan ini juga kaya dengan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang.
Antara kebimbangan yang ada pada ikan adalah kandungan merkuri yang terdapat di dalamnya. Menurut Food and Drug Administration (FDA), beberapa jenis ikan mengandungi kadar merkuri yang tinggi termasuk makarel raja, ikan yu, tilefish dan ikan todak. Ibu mengandung terutamanya harus elakkan pengambilan ikan dengan kandungan merkuri yang tinggi.
Nak info lebih lagi.. boleh terus direct mesej mai ya.. boleh juga booking untuk scan kulit percuma dari Mai.


                                                                                                                                                                                         Love,
Mailiza Masran
Independent Beauty Consultant



*** gentle reminder:::



kandungan blog adalah hasil penulisan persendirian. Sebarang aktiviti plagiat tidak digalakkan atas dasar menghormati golden rules dan hak penulisan tapi if nak sharing tu aku izinkan dengan syarat adalah lebih baik jika setiap idea dan penulisan aku ni korang boleh kreditkan ke blog aku ya.. thanks! (jenuh taw menaip dan pikir idea untuk ilham 😗✊)***



No comments:

Post a Comment