Tuesday, January 29, 2019

[PENTING] Masih Keliru Dengan Jenis Kulit?



Image result for jenis kulit

Kita mempunyai bermacam jenis kulit yang berbeza untuk setiap orang taw, disebabkan banyak faktor mempengaruhinya. Ada orang berkulit kering juga tumbuh jerawat walhal hanya orang berkulit berminyak atau kombinasi sahaja yang akan tumbuh jerawat.


Jenis kulit yang perlu kita tau.


1. BERMINYAK
2. NORMAL
3. KERING
4. KOMBINASI




Related image





Keliru...???? Jangan risau, meh aku share beberapa tips macam mana nak detect jenis kulit kita ni..aku faham memang ada yang kecelaruan 😂 

Macam mana nak tau jenis kulit kita?

tips #kakmaimk 10minit lepas mandi tu,duduk diam2 lepastu korang sentuh kulit di bahagian tzone dan uzone... tanpa buat apa2 kerja taw.

-bila pegang rasa lekit tu tandanya kulit korang tu memang jenis berminyak, sebaliknya pula tanda kulit korang tu jenis kering.
sebab uolls selalu confuse kan berminyak dengan berpeluh...heheeeImage result for tzone and uzone
rujuk gambar ni..
U-ZONE - bahagian pipi
T-ZONE - bahagian tulang hidung dan dahi

Jom kita lihat.

KULIT NORMAL


Image result for kulit baby
  • tidak ada sisa minyak berlebihan, terasa lembut dan kenyal di seluruh bahagian wajah secara merata.
  • terasa halus, dan tidak terlalu sensitif
  • kelihatan sedikit bercahaya
  • pori - pori halus dan penuh
  • kulit hampir tidak mempunyai masalah.
Untungnya korang yang memiliki kulit jenis ini, korang tidak terlalu susah untuk menjaga kulit korang.
selalu yang belum baligh je kulit jenis normal ni..😝😝😝
macam baby atas tu.muahahaa

KULIT KERING

  • kulit agak kering dan tidak berminyak. Selalunya sekali pandang, kelihatan agak kusam.
  • pori-pori hampir tidak kelihatan.
  • permukaan kulit agak kasar.
  • kulit mudah menjadi merah dan juga pedih.
  • kurang anjal dan mengendur (cepat kelihatan berusia)
  • terlihat lebih banyak garis-garis halus.
  • berisiko besar mengalami masalah jeragat.
Tips untuk yang mempunyai kulit kering, korang kene pakai lebih pelembap untuk kulit korang dan perlu pakai pencuci yang sesuai. Elakkan memakai toner kerana toner menarik minyak semulajadi muka korang..so nanti makin keringggggg 😕

KULIT BERMINYAK
Image result for jenis kulit berminyak
  • untuk orang yang mempunyai kulit berminyak memang agak stress.
  • 80% mengalami masalah jerawat.
  • pori-pori terbuka dengan besar.
  • minyak berlebihan di muka membuatkan pori-pori tersumbat (umpama magnet menyedut kekotoran di sekeliling).
  • muka kelihatan berkilauan.
  • mempunyai whitehead dan blackhead yang banyak di sekitar hidung, pipi, dahi ,dagu.
  • tidak digalakkan memakai pelembap extra lembapan tetapi wajib memakai pelembap ya. (jangan ingat orang kulit berminyak tidak perlu memakai pe;embap).
tapiiiiiiiiii....paling best orang kulit berminyak ni, korang awet muda! but kene lah kawal minyak di muka tu supaya tak berlebihan ya.

KULIT KOMBINASI
  • agak sukar juga sebab mempunyai bahagian kulit yang kering dan juga berminyak.
  • perlu seimbangkan kulit dan korang kene jadi peka lah ye mana bahagian yang memerlukan extra lembapan atau hanya sedikit lembapan.
  • berisiko juga untuk tumbuh jerawat.
  • selalu garisan senyum lebih jelas.
  • hanya pilih set skincare dengan betul dan sesuai dengan kulit ya.
  • kebiasaan kulit kombinasi ni bahagian t-zone agak berminyak dan bahagian u-zone agak kering. 
  • tersalah pakai boleh jadi sensitif sebab kulit aku jenis kombinasi ni lah..huhuu

Mary Kay mempunyai lebih 400 jenis produk taw uollsss! Jadi untuk semua jenis kulit ni, Mary Kay ada khusus untuk buat kulit uolls lebih seimbang dan pelolesss gojes meletops.

Aku pon boleh scan kulit korang so bolehlah korang tau apa keadaan kulit korang,di mana boleh zoom in 50x bawah kulit taw. So amazing!!! Aku kagum sebab boleh cek sendiri kulit aku tanpa perlu pi cek kat luar sana.
Lagi besttttttttt bila dah scan, boleh terus tau produk apa yang sesuai untuk kulit uolls tu ok!

Andai uolls nak tau apa ada bawah kulit tu.. meh roger aku weh! Aku sentiasa teruja 😍😆😛



Love,
Mailiza Masran
+601113360561
Independent Beauty Consultant



*** gentle reminder:::

kandungan blog adalah hasil penulisan persendirian. Sebarang aktiviti plagiat tidak digalakkan atas dasar menghormati golden rules dan hak penulisan tapi if nak sharing tu aku izinkan dengan syarat adalah lebih baik jika setiap idea dan penulisan aku ni korang boleh kreditkan ke blog aku ya.. thanks! (jenuh taw menaip dan pikir idea untuk ilham 😗✊)***












No comments:

Post a Comment