Monday, April 14, 2014

[MESTI BACA] Vaksin Pneumococcal

Assalamualaikum....

Today mai nk dok share pasai vaksin pneumococcal nii... Ramai dok tanye dok mesej perlu ke vaksin ni penting ke vaksin ni. 
Ok ni dari sudut pandangan mai la. Vaksin ni sebenarnyee bagos. Dengan keadaan cuaca dan persekitaran doniaaa sekarang nii kan, banyak pencemaran bagai. So bg mai perlu amek untuk anak2 kite..
Tp tp tp bergantung gak pd parent tu samada depa nk p cucuk anak2 or x..

Ok vaksin ni ekceliii jas vaksin tambahan sajo. Dengan erti kata laen kinik or hospital kerajaan xkan bg kowang free2 sajo tok anak2 korang sebabbbbb.....
Vaksin ni mahal.. Heheee so pempaham yolaa kalo da sume nk bg free acano tu?? Kadar kelahiran baby pon tinggi kt mesia nii. Mai je da ado tiga org anak haaa. Lom lg ank macik pacik lg. hihii
So maksudnyeee inisiatif sendiri la ok nk p amek vaksin tambahan nii. 

Boley p serbey2 kt kinik swasta. Ritu mai tye doc kt klinik england (pakar kanak2 kat JB)
Vaksin nii rm200-rm250. 
Ad date luput
Doc terangkan skali fungsi vaksin sume
Baby 2bln da boley amek vaksin ni
2bln-5thn ye kawan2...
So sesape ad bajet lebey tu boleylaa g amek kt mane2 kinik swasta yg bekalkan vaksin nii. 
Kalo mne yg lom ad bajet boleyla menabung dr skang. 

Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.


Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.


Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.♦ Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.
Sumber : web Pa&Ma
Ce kowang try Tanya KPJ-RM240 per dos kalo xsilap mai la tp tu pon x masuk consultation..
vaksin ni boleh diambil seawal anak berusia 2 bulan hingga 5 tahun. 4 dos kesemuanya, 3 dos sebelum anak berumur setahun dan 1 dos lagi selepas setahun. byk info korang blh search kat google ye..nk tambah ilmu kena rajin dating dengan en gogel. Heheee

Mai ni jenis seram. Sebab kuman ni menyerang paru2 then siap ad nanah lg.. Allah... Mai xley bayang. Takot... Mintakla dijauhkann. 
Ad bajet lebey boleylaa g amek vaksin tok anak2...

Anak2 amanah Allah pd kite... Jd berusaha la sebaik mungkin utk buat yang terbaik. Wang ringgit kite boley cari tp kalau nyawa tiada galang gantinyaaa.... 😔

Tp kene ngatlaa xsemestinyaaa bila da amek vaksin nii xkan kene. Yelaa sebab sume ni kan ketentuan Allah jas kite ni berusaha sajee untuk mengelak dari berlakunyaa hal2 yang tidak diingini...

Sebab yang baik tu sume datangnyee dr Allah. Kite hanyalah khalifahnyaa di muka bumi ini. 



*sharingiscaring

No comments:

Post a Comment