Tuesday, January 29, 2019

[JOM DIY] Projek Roket Botol!

Projek DIY roket versi momdad4hero..


Projek ni dah lama plan tapi belum berkesempatan nak buat.. Harini, 1 hari kat rumah heroes merentan nak projek..
Kami nak aktiviti mencabar ma... jom lah..jom lah.. boleh nanah oiiii telinga. hahaa

Jadi untuk tak menghampakan harapan hero2 kecilku,aku pon gigih lah bukak silat..!





Ni barang2 yang korang kene ada.. Mudah je ni..aku beli kat kedai hardware, mintak kedai tu potong siap2 saiz yang aku nak..
Kos semua tu RM9. Pakai pvc ni tahan lama jugak,sebelum ni pakai recycle tapi patah sajeee😓


sapu je keliling pvc paip tu guna gam yang beli kat hardware tadi.

pasang ikut turutan dalam gambar ni.. penutup paip tu pasang 3 je dulu sebab lagi 1 tu kene tebuk.

tebuk lubang tu di tengah2.. aku guna drill jee..

then kau gam je dari dalam valve tiub getah tadi dekat penutup yang dah ditebuk

guna hot glue je mudah.. mintak kiddos yang buat. kompem suka!
supaya lebih kedap udara.

yeayyy siap! macam ni lah. 



siap! then dah boleh pasangkan dah..
so nanti korang kena cucuk pam dekat sini untuk supply angin dalam botol.






hat ni buat trigger/picu dia...hihiii
so benda ni yang akan ikat botol supaya tak terlepas masa tekanan dalam botol tengah tinggi. Once kita release trigger ni secara automatik botol akan terlepas dan berlepas! 😄
part ni korang kena pandai adjust ikut sejauh mana paip akan masuk dalam boto..seeloknya korang setting bawah sikit so panjang sikit paip tu nanti then korang boleh letak banyak sikit air nanti dalam botol.

p/s : lupa nak bagitau yang korang kena beli juga paip diameter 32mm tak silap untuk jadikan penutup trigger/picu tu, tak payah panjang cukuplah dalam 3 inci macam tu


Actually, video ada dekat fb aku..bolehla korang pi stalk. hehee . Bukan anak2 je terujaaaa...mak pak eh pon lain macam main haaa.hahaaa
Aku ada rakam masa 1stime kitorang test kat padang tu.. check it out at my fb ok.! 

But kat bawah ni aku sediakan video cara pasang! Enjoyyyy uolls..!!!😎


ni cara suis pelancar berfungsi! enjoy yaaa...




bawah ni pulak video prototaip kami yang pertama 😅



video bawah ni pula tunjuk macam mana pelancar tu berfungsi


tinggi rendah roket tu bergantung pada tekanan dalam botol tu,tapi jangan banyak sangat pam takut meletop dekat bawah je nanti 😂



so korang boleh la try buat roket ni,kena buat kepak untuk roket baru dia potong angin pergi naik tinggi. share lah roket korang tu nanti k,hehehe



good luck guys! 😉


Mailiza Masran
Independent Beauty Consultant



*** gentle reminder:::


kandungan blog adalah hasil penulisan persendirian. Sebarang aktiviti plagiat tidak digalakkan atas dasar menghormati golden rules dan hak penulisan tapi if nak sharing tu aku izinkan dengan syarat adalah lebih baik jika setiap idea dan penulisan aku ni korang boleh kreditkan ke blog aku ya.. thanks! (jenuh taw menaip dan pikir idea untuk ilham 😗✊)***

No comments:

Post a Comment